Monday, June 15, 2009

Tips Jika Ingin Menjadi Seorang Yang Berjaya Dan Kaya

Jika anda ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya,
tips berikut boleh anda ikuti dan praktikkan.

1. Jika anda mempunyai hutang keliling pinggang, pastikan
anda selesaikan semua hutang-hutang ini. Jangan bermimpi
hendak bergaya berlebih-lebihan selagi hutang yang
menimbun tu tak dijelaskan. Terutama sekali jika ada hutang
rumah, hutang kereta ataupun hutang kad kredit, hutang
dengan ayah, mak, adik beradik atau sesiapa sahaja.

2. Jika anda mempunyai pendapatan tidak kira samada tetap
atau secara sampingan, pastikan anda membuat simpanan
sebahagian besar pendapatan tersebut dan pastikan ia mampu
menampung kehidupan anda selama satu ataupun dua tahun.

3. Cadangan terbaik menyimpan 60 peratus dan berbelanja
hanya 40 peratus. Kalau dapat simpan lebih dari tu lagilah
bagus.

4. Kalau boleh, beli sesuatu secara tunai, bukan pakai dulu
baru bayar. Kalau dapat berpuasa dan kawal nafsu dari meminjam,
itu lebih berkesan.

Ingat,

Sediakan payung sebelum hujan. Sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian.. bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri...

-Noorizam Shah

Sunday, May 31, 2009

Calon KeADILan menang besar di Penanti

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.

Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. - mns_

Thursday, May 28, 2009

Kenapa Anda Perlu Mempunyai Akaun Facebook Untuk Bisnes Anda

Bila disebut perkataan “Social Network”, pasti anda akan terbayang laman web seperti myspace, friendster, forum dan sebagainya.

Facebook juga adalah salah satu laman web yang dikategorikan sebagai laman “social network” di mana anda boleh menggunakan laman web ini untuk berinteraksi secara langsung atau meninggalkan email atau komen di halaman utama akaun Facebook anda atau rakan anda.

Kebanyakan pengguna Facebook mungkin menganggap Facebook adalah sebuah laman web untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan kenalan baru sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Tanggapan ini adalah salah.

Facebook boleh digunakan untuk perlbagai tujuan.

1) Facebook sebagai pembina kredibiliti

Di dalam perniagaan internet, terlalu ramai penipu yang menyatakan bahawa mereka menjalankan bisnes yang tulen walhal anda tidak pernah berjumpa atau pun berinteraksi dengan mereka sekali pun. Jika anda lakukan carian di Google pun, anda tidak akan dapat menyahihkan ketulenan perniagaan mereka.

Tetapi jika anda mempunyai akaun Facebook yang anda selalu kemaskini dari masa ke semasa, anda sebenarnya memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan anda bahawa anda menjalankan bisnes yang tulen dan tidak cuma berselindung di sebalik laman web jualan yang statik.

2) Facebook sebagai pembina jaringan bisnes

Apabila disebut jaringan, ianya tidak bermaksud ‘network marketing’ atau program berbilang tingkat. Ianya bermaksud jaringan rakan-rakan bisnes yang mempunyai pemikiran yang sama untuk membina satu kumpulan yang saling membantu satu sama lain.

Sebagai contoh, anda boleh membina kumpulan (atau ‘groups’) di mana fungsinya ialah untuk menarik sesuatu kumpulan yang berminat untuk sesuatu subjek untuk berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain. Sekiranya anda membina kumpulan yang berunsurkan bisnes, besar kemungkinan anda juga akan menarik minat usahawan dan peniaga lain untuk menyertai kumpulan anda.

3) Facebook Sebagai Medium Untuk Memasarkan Produk

Sebenarnya ada banyak cara anda boleh memasarkan produk atau servis anda melalui Facebook. Cara paling mudah ialah dengan meletakkan pautan (link) ke laman web anda di bahagian “Link” atau taipkan sahaja di ruangan “What’s on your mind?”.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sentiasa meletakkan link sahaja di bahagian yang saya berikan di atas tanpa memberikan sumbangan maklumat yang lain, mungkin cara pemasaran anda akan menjadi kurang efektif. Jadi, selang selikan iklan anda dengan maklumat lain yang tidak berbau iklan di bahagian yang saya sebutkan di atas.

Satu cara pemasaran lagi ialah dengan menggunakan kolum “Advertise” yang membolehkan anda meletakkan link, gambar dan juga deskripsi produk atau servis yang anda tawarkan. Ebook “Panduan Facebook Ad” menceritakan cara pemasaran ini dengan lebih lanjut.

Membina aplikasi untuk orang lain juga boleh dijadikan alat untuk pemasaran viral yang dapat
menarik lebih ramai orang ke laman web anda dan seterusnya menjadi pelanggan produk atau servis anda. Cara ini memang digemari oleh usahawan internet yang inginkan pemasaran mereka berjalan secara autopilot (atau kendali sendiri).

Walaupun saya cuma berikan beberapa contoh di sini sahaja, namun dengan sedikit kreativiti anda, anda boleh mempelbagaikan lagi cara memasarkan produk anda di Facebook.

Menggunakan Facebook boleh menjadikan anda ketagih untuk terus melayari dan berinteraksi di laman web tersebut. Namun begitu, saya amat menyarankan anda untuk mempelajari bagaimana anda boleh juga boleh menghasilkan pendapatan daripadanya.

Beberapa sumber bacaan tempatan di bawah mampu membantu anda memulakan langkah untuk menjadikan Facebook sebagai sumber pemasaran.

1) Buku “Rahsia Pemasaran Facebook” oleh Nasrul Amri Samsudin yang anda boleh dapati di kedai-kedai buku tempatan. Ianya juga sebuah buku yang baik untuk mula mengenali Facebook.

2) Ebook “Panduan Facebook Ads” oleh Richie di http://www.BisnesDigital.com/panduanFBA.php

3) Ebook terbaru Richie, “Kuasa Viral Facebook” yang mengajar bagaimana anda boleh membina aplikasi Facebook dengan mudahnya untuk tujuan pemasaran di http://www.BisnesDigital.com/kuasaVFB.php

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Wednesday, March 11, 2009

Membina Blog Mesra Enjin Pencari

Untuk menjadikan blog anda mesra enjin pencari (Search Engine Friendly) yang mendapat kedudukan yang baik pada enjin pencari, blog anda haruslah di “optimize” kan, dua teknik optimization yang penting iaitu on-site optimization dan off-site optimization akan membantu blog anda mendapat traffic dari enjin pencari. Saya telah menulis strategi tersebut dengan mendalam didalam ebook saya yang berasingan yang saya namakan Pakej Jana Wang Adsense.

Apa yang telah anda pelajari setakat ini boleh diumpamakan seperti anda baru sahaja
membuka kedai dan meletakkan barang-barang yang berkaitan dengan perniagaan anda.
Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan pengunjung yang berminat dengan produk
anda datang ke laman blog dan seterusnya menjadi pelanggan anda.

Didalam internet marketing ianya dipanggil sebagai traffic atau visitors ke blog anda. Untuk mendapatkan strategi bagaimana mendapatkan traffic ke blog anda, sila dapatkan Pakej Jana Wang Adsense.

-Munawar

Monday, March 9, 2009

ARTIKEL: Jutawan Ghairah! (Passionate millionaire)

Oleh: Irfan Khairi

Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat.
Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapa
kita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukan
karier yang kita amat-amat sangat minat?

Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendak
lakukan sesuatu yang kita tidak minat?

Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat
penting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaan
yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.

Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa
seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya
usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahan
dalam perniagaan masing masing.

Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya
di dunia pernah berkata bahawa: "Kalau saya tidak mendapat walaupun
satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komuputer!".
Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta
perisian komputer.

Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael
Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah
menceritakan bahawa "Ketika saya di sekolah menengah, saya membina
komputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer
adalah minat saya!". Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan
minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaire
seperti Bill Gates.

Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya
mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak
kecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagai
banggunan mewah serata dunia dalam portfolionya!

Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan
universiti untuk memulakan kerier dalam bidang yang mereka minat.
Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minat
sebagai kerier pilihan.

Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi
terpaksa. Apa pula nasihat saya?

Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan
"Jangan memilih kerja", nasihat saya pastinya berbunyi "Pilih kerja
dengan tepat!" lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.

Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan
"dipaksa" melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan
terperangkap dalam keadaan tersebut untuk tahun-tahun yang akan
datang.

Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masa
untuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat.
Sekiranya terperangkap dalam kerier yang kita tidak minat,
bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang. Mungkin 3
tahun, mungkin 5 tahun... atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam
keadaan itu, akan terasa pula perasaan "rugi" kalau berhenti dan
melakukan sesuatu yang lain.

Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku
dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri
kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukan
sesuatu yang kita tidak minat!

Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu, sama ada kerier bekerja
makan kagi, atau karier sebagai usahawan menjadi keghairahan kita?

Berikut adalah checklist untuk anda:

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar
betapa cepatnya masa berlalu!

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa seronok
dan gembira melakukannya!

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan
merasa bosan melakukannya!

* Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita,
kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan
menjawab soalan-soalan yang ditanya!

* Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat
dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya
bermati-matian!

Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual
usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yang
panjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek.
Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti "Mengapa anda
memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?", jawapan yang
diberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapa
ghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.

Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam
kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yang
kita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang mereka
tidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan.
Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok
kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewangan
berjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.

Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita
tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadi
usahawan yang ghairah. Jadilah jutawan ghairah!

-Irfan Khairi

Friday, March 6, 2009

4 cara pikat pelanggan

Apabila kita berbicara mengenai bisnes,
maka terdapat beberapa perkara yang boleh
mie praktikkan dalam bisnes
untuk menawan pasaran dan pelanggan anda.

Tidak kira samada perniagaan anda masih
baru atau telah lama, ia akan berlaku
persaingan.

Anda memerlukan beberapa strategi untuk
memastikan pasaran dan pelanggan memilih anda.


Cara 1: Berikan jaminan kualiti yang tinggi
Kita sedar, kebanyakan pelanggan akan memilih
kualiti dan perkhidmatan yang baik dan cemerlang.
Jika produk anda berkualiti rendah sudah tentu
anda akan berhadapan dengan masalah apabila
pelanggan anda merungut dan tidak berpuashati.

Kesannya akan menjejaskan bisnes anda sendiri.

Jika anda tawarkan produk yang bermutu tinggi
kepada pelanggan anda, ia dapat memberi anda
keuntungan untuk jangka masa panjang.



Cara 2: Berikan servis yang lebih baik
Jika anda menjalankan servis kepada pelanggan anda
pastikan anda dapat menyempurnakan servis anda
dengan pantas. Jangan biarkan prospek anda ternanti-nanti
jawapan untuk masa yang begitu lama.



Cara 3: Tawarkan harga rendah kepada pelanggan
Apabil anda menjalankan bisnes, jangan gusar
untuk memberikan harga yang rendah kepada
pelanggan anda. Kegawatan ekonomi masa kini
juga menjadikan ramai pengguna mengambil
sikap yang lebih bijak dengan membandingkan harga
sebelum membuat keputusan.

Harga tidak semestinya terlalu rendah hingga
menyebabkan kerugian, sebaliknya biarlah ia
munasabah.



Cara 4: Berikan sesuatu yang mereka tidak jangkakan!
Jika anda menjual produk di internet seperti
produk digital, anda boleh tawaran servis selepas jualan
atau memberi mereka ini bonus-bonus yang mana
mereka beranggapan pelaburan mereka berbaloi.

Jadikan mereka ini seorang yang gembira pabila
mendapatkan servis dari anda.

-noorizamshah

Monday, February 16, 2009

ARTIKEL: APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?

Oleh: Irfan Khairi

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu
masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi
jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk
melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!

**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya
betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka
lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.
Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya
anda bekerja <40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan
usaha anda!

**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar
dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin
bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan,
pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri
mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang
lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan
terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan
matlamat terlebih dahulu!

**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari
segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan
sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang
dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang
berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak
mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali
mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.

**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata
yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta
ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi
kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset
ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak
suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka
yang banyak membaca.

**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka
berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk
memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak
digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan
wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan
pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang
sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan
perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat
kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.

**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The
Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi.
Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan
ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis
kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah
untuk anda!

**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam
bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada
perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak
menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat
dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka
ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil,
tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!

**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short
cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit
banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit
berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba
anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat
cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan"
terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.

Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat
datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan
besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"
edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca
segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.

Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari
dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi
"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan
dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.